Pages

Sunday, October 4, 2015

Kenali Richard Branson

Richard Branson
Richard Branson. Siapa yang tidak kenal beliau? Nama yang cukup gah di kalangan para jutawan dan juga multi-jutawan. Dulu sebelum menceburi bidang perniagaan, saya pernah ternampak nama Richard Branson tertera di muka depan buku-buku yang dijual di MPH Bookstore dan Popular. Namun, saya tidak pernah tahu siapakah beliau sehinggalah saya menghadiri program Dr Azizan Osman (DAO) pada sekitar tahun 2013 yang lepas. Kalau tak silap saya Seminar Berani Berniaga. Dalam mana-mana program beliau, DAO selalu menyebut tentang nama-nama tokoh atau usahawan yang mana beliau menjadikan mereka sebagai ‘guru’ untuk mengembangkan ilmu dalam bidang perniagaan. Antaranya, Warren Buffet, Mark Zuckerberg dan Richard Branson. Dan sekali lagi saya mendengar nama Richard Branson disebut-sebut oleh DAO dalam program beliau yang saya hadiri baru-baru ini, iaitu Seminar Magnet Kejayaan 2015 yang bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC). Berikut adalah sedikit info tentang Richard Branson.

Branson merupakan seorang usahawan dan juga pelabur yang berjaya. Beliau menerajui empayar Virgin Group yang kini mempunyai lebih 400 syarikat yang bernaung di bawahnya. Bermula seawal umur 20-an, beliau membuka Virgin Records pada sekitar tahun 1972 (yang kini dikenali dengan nama Virgin Megastores), dalam industri peruncitan (retail). Kemudian bisnes beliau berkembang dan terus melebarkan sayapnya dengan kewujudan Virgin Atlantic, dalam industri penerbangan dan juga Virgin Records (syarikat rakaman). Menurut Forbes, Branson memiliki aset bernilai 4.9 Billion USD.

Berikut adalah sebahagian dari rentetan perjalanan bisnes Branson sejak dari awal hingga kini.

1972 – Virgin Records ditubuhkan. Antara ‘recording label’ terawal yang menandatangani kontrak bersama Virgin Records ialah band ‘punk rock’ terkenal, iaitu Sex Pistols pada tahun 1977.
1980 – Virgin Record memasuki pasaran antarabangsa
1983 – Virgin Games dilancarkan
1984 – Virgin Atlantic Airways dilancarkan
1985 – Virgin Holidays dilancarkan
1995 – Virgin Express dilancarkan
1996 – Virgin Brides dilancarkan
1997 – Virgin Trains, Virgin Radio & Virgin Cosmetics dilancarkan
1999 – Virgin Mobile & Virgin Active dilancarkan
2000 – Virgin Energy & Virgin Cars dilancarkan
2004 – Virgin Galactic dilancarkan
2008 – Virgin Healthcare dilancarkan
2010 – Virgin Racing dilancarkan
2015 – Virgin Trains East Coast dilancarkan

Petikan sumber dari Wikipedia


No comments:

Post a Comment