Pages

PROJEK

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera,

Pada tanggal 3 April 2013, bermulanya saya di AJ sebagai rakan kolaborasi projek. Sebelum terlibat bersama AJ, saya tidak pernah tahu langsung tentang apa itu industri Affiliate Marketing. Tetapi atas dasar ingin tahu yang kuat serta inisiatif untuk mencari ilmu, akhirnya saya dapat "big why" kenapa saya perlu memilih AJ untuk memulakan perniagaan.

Penghargaan

Sebelum itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah menemukan saya dengan projek yang sangat-sangat hebat ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan berterima kasih kepada founder projek AJ, iaitu Dato’ Lawrence Teo, pihak pengurusan ISI serta seluruh barisan agensi yang telah bersama-sama berganding bahu membangunkan industri Affiliate Marketing sehingga AJ mampu sampai ke peringkat antarabangsa. Alhamdulillah.

Mungkin ada yang sudah tahu tentang AJ sama ada melalui perkongsian daripada sahabat, atau mungkin terbaca wall post kawan-kawan di laman Facebook . Tetapi itu bukan bermakna anda sudah tahu sehingga ke hujung pangkal ceritanya. Bak kata pepatah orang-orang tua dahulu, 'tak kenal maka tak cinta'.

Apa itu Affiliate Junction?

Affiliate Junction atau AJ, iaitu rangkaian Affiliate Marketing pertama di Malaysia - dimiliki dan diuruskan oleh I Synergy International (M) Sdn Bhd (ISI). Ibu pejabat urusan ISI berpusat di Lake Fields Sg Besi, sebuah kawasan yang begitu strategik di mana terdapat banyak pusat-pusat perniagaan yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Selama hampir 7 tahun menjalankan perniagaan, ISI kini sudah mempunyai 10 cawangan di seluruh Malaysia dan bakal membuka 3 lagi cawangan baru di Kluang, Sandakan dan Kuala Terengganu. Terbaru, perasmian pusat perniagaan AJ di Icon City, Penang telah berlangsung dengan jayanya pada 7 Oktober 2015 yang lalu bagi menggantikan cawangan lama di Bandar Perda. Alhamdulillah, ini suatu perkembangan yang sangat positif sejak kempen kesedaran tentang penggunaan Mykad sebagai Kad Loyalti dipaparkan menerusi Billboard di sepanjang lebuhraya PLUS bermula 10 Julai 2015 yang lalu.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, ISI adalah satu-satunya syarikat pertama yang menjalankan industri Affiliate Marketing di Malaysia. Manakala AJ pula merupakan projek di bawah pengurusan ISI. Saya merupakan salah seorang daripada 16,000 agensi berdaftar di seluruh Malaysia yang menjalankan projek ini. Syarat untuk menjadi agensi ialah perlu mempunyai entiti perniagaan, iaitu membuka syarikat sendiri di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Mungkin ada yang bertanya, kenapa perlu menjadi agensi? Jawapan saya ialah kerana projek AJ dijalankan secara berkumpulan atau network, di mana kos pengiklanan dapat dikurangkan serta tempoh untuk memberi pendedahan kepada masyarakat dapat dipendekkan. Perniagaan yang tertumpu kepada satu lokasi semata-mata mungkin mengambil sedikit masa untuk berkembang, berbanding perniagaan yang dijalankan secara networkingfranchise ataupun dealership. Usahawan yang bijak akan memikirkan cara yang terbaik bagaimana untuk mengembangkan bisnes mereka dengan memperbanyakkan "point of sales" ke serata tempat.

Apakah itu Affiliate Marketing?

Pernahkah anda tahu tentang apa itu Affiliate Marketing? Dalam konteks perniagaan, Affiliate Marketing bermaksud suatu kaedah sistematik di mana ganjaran niaga diberikan kepada Affiliate (orang tengah) atas usaha merujuk pelanggan ke sesebuah perniagaan. Secara dasarnya, Affiliate Marketing melibatkan 3 pihak utama yang saling berkait dalam satu ekosistem – Affiliate, Peniaga & Pelanggan. AJ adalah sebagai Affiliate yang membantu memberi manfaat kepada peniaga dan pelanggan melalui sebuah program kesetiaan No.1 Malaysia, iaitu Mykad Smart Shopper.

Apa itu Mykad Smart Shopper?



Mykad Smart Shopper atau MSS merupakan satu-satunya program kesetiaan pengguna yang menggunakan platform Mykad sebagai “Privilege Card”. Sama seperti membership card yang lain seperti Aeon Card, Bonuslink Card dan Tesco Card, MSS memberi kelebihan kepada pelanggan untuk menikmati rebat tunai dan mata ganjaran tanpa had dengan hanya mempamerkan Mykad sewaktu urusan pembelian di premis-premis perniagaan terpilih. Menarik bukan? Inilah sebab utama kenapa saya memilih AJ kerana ianya suatu revolusi baru dengan potensi pasaran yang begitu fresh. Ada banyak lagi kelebihan dan keunikan yang ada di AJ. Saya cadangkan kepada yang ingin memulakan perniagaan atau sedang mencari pendapatan tambahan, AJ adalah platform yang terbaik untuk bermula.  :)


Untuk pertanyaan lanjut mengenai projek yang sedang saya jalankan, boleh hubungi saya ke talian 011-3700 0710 atau layari ke Offical FB Page saya, Teknik Pemasaran Affiliate.

No comments:

Post a Comment