Berbalik kepada pendapatan pasif seperti yang dibincangkan dalam topik sebelum ini, salah satu daripada ciri-ciri pendapatan pasif ialah melibatkan database pengguna yang besar. Saya suka mengambil Maxis sebagai contoh yang terbaik untuk kita mendapat gambaran yang lebih jelas.
Apa yang saya perolehi daripada sumber dari petikan akhbar, hasil keuntungan bersih yang diperolehi oleh Maxis pada suku pertama (Q1) tahun 2013 ialah RM476 juta. Namun angka tersebut meningkat sehingga RM530 juta pada suku kedua (Q2) dalam tahun yang sama. Pada tahun 2014, Maxis mencatatkan keuntungan sehingga hujung tahun berjumlah RM2.44b, dengan pendapatan terkumpul sebanyak RM8.36b.
KLCC & Menara Maxis |
Seperti yang kita ketahui, konsep perniagaan Maxis adalah melibatkan perkhidmatan telco. Produk asas mereka hanyalah sim card yang kini boleh dibeli dengan harga yang murah, berbanding sewaktu awal pelancaran dulu. Tetapi apa saya kagum, fasa perniagaan yang mereka telah lalui bermula dari awal penubuhan syarikat pada tahun 1993 sehingga fasa pelancaran produk Hotlink pada sekitar tahun 1999. Pada awalnya Maxis cuma memfokuskan kepada dealership bagi memastikan setiap negeri mempunyai bilangan Maxis Centre yang mencukupi. Kemudian mereka melakukan pengiklanan secara berperingkat dan pada waktu itu rakyat Malaysia sudah mula mendapat pendedahan tentang bisnes mereka. Orang ramai mula berpusu-pusu mencari Authorized Dealer atau Maxis Centre yang berdekatan untuk membeli sim card. Salinan Mykad diperlukan bagi mendaftarkan sim card, dan pengguna perlu mengisi borang pendaftaran. Pada ketika itu, proses pengumpulan database sedang berlaku.
![]() |
Cawangan Maxis Centre |
Oleh itu, apa yang saya dapat simpulkan daripada cerita kali ini, pendapatan pasif adalah impian setiap usahawan yang ingin bergelar jutawan. Namun, peluangnya sangat-sangat jarang untuk diperolehi. Modal yang diperlukan untuk memulakan bisnes juga adalah amat di luar jangkaan. Dan pada hari ini, saya sangat bersyukur kerana saya telah dipertemukan dengan suatu revolusi yang bakal menggegarkan industri peruncitan tak lama lagi. Industri yang saya maksudkan ialah Affiliate Marketing.
Semoga kita bertemu lagi di sesi yang akan datang.
Sekian.
Olahan oleh: Amir Mokhzani
Sumber:
1. Sinar Harian, 7 Ogos 2013
2. Berita Harian, 6 Februari 2015
No comments:
Post a Comment