Pages

Friday, February 27, 2015

Definisi Ilmu dan Konsep K.I.S.S Dalam Pembelajaran

Pepatah Melayu ada mengatakan, "Ilmu itu pelita hidup". Ini menggambarkan bahawa pentingnya ilmu dalam segenap aspek kehidupan. Tanpa ilmu, manusia berada di dalam 'kegelapan'. Tanpa ilmu, manusia tidak dapat mencari jawapan kepada sesuatu persoalan. Dan tanpa ilmu, manusia gagal menemukan jalan penyelesaian kepada sesebuah permasalahan. Allah telah menjelaskan tentang kepentingan ilmu di dalam Al Qur'an. Firman Allah;

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya." (Al Israa': 36)

Ilmu merupakan teori yang perlu dikuasai sebelum seseorang itu melakukan sesuatu tindakan (praktikal). Sebagai contoh, jika seseorang itu membeli sebuah kereta, maka dia akan diberikan sebuah manual tentang bagaimana untuk memfungsikan kereta tersebut dari A sampai Z. Di dalam buku itu juga ada diberitahu tentang setiap komponen-komponen penting yang ada pada kereta tersebut yang perlu diketahui. Ini bermakna, manual kereta tersebut adalah sebagai sumber ilmu yang perlu dipelajari sebelum kereta tersebut dapat dipandu.

Walaubagaimanapun, ilmu saja tidak cukup untuk membuatkan seseorang itu bersedia untuk bertindak. Berbalik kepada cerita tentang kereta tadi, siapakah yang akan mengajarnya memandu kereta? Maka, sudah pastilah guru bertauliah yang mempunyai kredibiliti dalam bidang pemanduan. Mentor No.1 Asia, Dr Azizan Osman pernah mengatakan sewaktu dalam program beliau, jika kita ingin mempelajari sesuatu bidang, maka carilah orang yang mahir di dalam bidang tersebut (mentor). Mentor adalah orang yang berpengalaman kerana mereka telah melalui jatuh bangun sebelum mereka berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Mereka akan memastikan pelajar tersebut (mentee)  tidak mengulangi kesalahan yang sama seperti mana yang mereka telah lakukan dahulu.


Proses pembelajaran tidak pernah berhenti kerana setiap hari kita berhadapan dengan cabaran yang berbeza-beza. Oleh itu, kita sentiasa memerlukan mentor untuk memimpin dan memperbetulkan setiap tindakan kita. Sebagai seorang yang ingin belajar, kita haruslah mempunyai minda yang sentiasa terbuka untuk menerima segala input yang diberikan oleh mentor. Maka, gunakanlah konsep K.I.S.S. atau dalam istilah panjangnya, “Keep it simple & stupid”.  Apa yang dimaksudkan dengan konsep K.I.S.S. adalah mengosongkan minda dan bersedia untuk menerima sesuatu perkara yang baru. Mungkin kita pandai memasak, tetapi kita perlu belajar dengan orang yang pandai menjahit jika kita ingin pandai menjahit.

Sunday, February 8, 2015

Pendapatan Pasif: The Power Of Retailing

Kepada yang pernah mengikuti program intensif Dr Azizan Osman (DAO) anjuran Richworks, beliau selalu highlight tentang tujuan asal berniaga. Setiap perniagaan yang wujud di muka bumi ini adalah hasil dari wujudnya masalah-masalah yang dihadapi oleh orang ramai. Oleh itu, sebelum memulakan perniagaan, kita harus mengenalpasti terlebih dahulu produk atau servis yang ingin ditawarkan kepada orang ramai. Dan apa yang lebih penting, bagaimana kita dapat membantu menambah nilai dalam hidup orang lain.

Berbalik kepada pendapatan pasif seperti yang dibincangkan dalam topik sebelum ini, salah satu daripada ciri-ciri pendapatan pasif ialah melibatkan database pengguna yang besar. Saya suka mengambil Maxis sebagai contoh yang terbaik untuk kita mendapat gambaran yang lebih jelas.

Apa yang saya perolehi daripada sumber dari petikan akhbar, hasil keuntungan bersih yang diperolehi oleh Maxis pada suku pertama (Q1) tahun 2013 ialah RM476 juta. Namun angka tersebut meningkat sehingga RM530 juta pada suku kedua (Q2) dalam tahun yang sama. Pada tahun 2014, Maxis mencatatkan keuntungan sehingga hujung tahun berjumlah RM2.44b, dengan pendapatan terkumpul sebanyak RM8.36b.


KLCC & Menara Maxis
Jadi, apa yang saya boleh simpulkan di sini, Maxis tetap dapat meraih keuntungan yang berlipat ganda walaupun 'terpaksa' bersaing dalam industri yang sama bersama competitors yang lain seperti Celcom, DiGi & TuneTalk. Dari segi jumlah database pelanggan pula, Maxis menduduki tempat yang teratas, iaitu 13.9 juta. Bagi saya, ini sesuatu yang mengujakan kerana perniagaan mereka melibatkan keperluan harian manusia, iaitu jaringan telekomunikasi. Kehidupan akan menjadi lebih sukar dan mencabar tanpa manusia dapat berhubung secara efisyen.

Seperti yang kita ketahui, konsep perniagaan Maxis adalah melibatkan perkhidmatan telco. Produk asas mereka hanyalah sim card yang kini boleh dibeli dengan harga yang murah, berbanding sewaktu awal pelancaran dulu. Tetapi apa saya kagum, fasa perniagaan yang mereka telah lalui bermula dari awal penubuhan syarikat pada tahun 1993 sehingga fasa pelancaran produk Hotlink pada sekitar tahun 1999. Pada awalnya Maxis cuma memfokuskan kepada dealership bagi memastikan setiap negeri mempunyai bilangan Maxis Centre yang mencukupi. Kemudian mereka melakukan pengiklanan secara berperingkat dan pada waktu itu rakyat Malaysia sudah mula mendapat pendedahan tentang bisnes mereka. Orang ramai mula berpusu-pusu mencari Authorized Dealer atau Maxis Centre yang berdekatan untuk membeli sim card. Salinan Mykad diperlukan bagi mendaftarkan sim card, dan pengguna perlu mengisi borang pendaftaran. Pada ketika itu, proses pengumpulan database sedang berlaku.


Cawangan Maxis Centre
Tetapi, 2 persoalan yang saya ingin timbulkan di sini, berapa kali kita mendaftar? Dan apa yang berlaku selepas kita mendaftar Sim Card? Sekiranya anda dapat menjawab, maka anda mula memahami apa yang dimaksudkan dengan 'the power of retailing', atau kuasa peruncitan. Kini Maxis sudah memasuki fasa matang di mana pada setiap akhir bulan mereka hanya 'mengutip' bil-bil saja. Pada ketika ini, pendapatan pasif sedang berlaku. Sebagai contoh, jika ada pelanggan yang gagal menjelaskan bil-bil yang tertunggak, maka anda sendiri pun dah tahu apa akibatnya. Ramai juga yang telah dikenakan CTOS kerana kegagalan berbuat demikian.

Oleh itu, apa yang saya dapat simpulkan daripada cerita kali ini, pendapatan pasif adalah impian setiap usahawan yang ingin bergelar jutawan. Namun, peluangnya sangat-sangat jarang untuk diperolehi. Modal yang diperlukan untuk memulakan bisnes juga adalah amat di luar jangkaan. Dan pada hari ini, saya sangat bersyukur kerana saya telah dipertemukan dengan suatu revolusi yang bakal menggegarkan industri peruncitan tak lama lagi. Industri yang saya maksudkan ialah Affiliate Marketing.

Semoga kita bertemu lagi di sesi yang akan datang.

Sekian.


Olahan oleh: Amir Mokhzani


Sumber:

1. Sinar Harian, 7 Ogos 2013
2. Berita Harian, 6 Februari 2015

Saturday, February 7, 2015

Apakah Itu ARFF?



ARFF atau ASEAN Retail-Chains & Franchise Federation adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan pada tahun 2008 bagi membantu memajukan industri-industri peruncitan, francais dan perlancongan di 10 negara ASEAN + 6 buah negara lain, termasuklah China, Japan, India, Korea, Australia dan New Zealand.

Berikut adalah senarai syarikat-syarikat 'giant' yang diiktiraf sebagai ahli dalam ARFF, termasuklah Clara International, Air Asia, MydinI Synergy Universal Sdn Bhd.



Sumber: http://www.arff.org.my/

Friday, February 6, 2015

Jenis-Jenis Sumber Pendapatan

Tidak kira apa jua bidang perniagaan yang anda sedang ceburi, anda wajib memahami tentang jenis-jenis pendapatan yang ada di dunia ini. Namun, 2 jenis pendapatan utama yang perlu diketahui ialah pendapatan aktif (active income) dan juga pendapatan pasif (passive income).

1. Pendapatan Aktif (Active Income)
  • Melibatkan masatenaga & usaha (M.T.U)
  • Biasanya melibatkan perniagaan konvensional seperti bisnes restoran, butik fesyen, bengkel, kedai dobi dan bisnes online.
  • Memerlukan komitmen yang berterusan.

2. Pendapatan Pasif (Passive Income)
  • Melibatkan idea yang bernilai, iaitu sistem yang dibangunkan bagi memudahkan/menambahbaik sesuatu urusan. Sebagai contoh, sistem MEPS CashMyEG & mudah.my.
MEPS adalah satu-satunya syarikat yang memperkenalkan sistem 'interbank transfer' pada mesin ATM
  • Melibatkan 'database' pelanggan yang sangat besar - the power of database. Contohnya syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Maxis (14 juta) dan Celcom (13.2 juta pelanggan)

  • Kebanyakkan syarikat-syarikat pioneer yang memiliki jenama-jenama terkenal seperti Milo dan Coca-Cola, mereka 'terpaksa' menerima pendapatan pasif kerana mereka adalah perintis dalam bidang yang mereka ceburi.

Secara kesimpulannya, pendapatan aktif memerlukan gerak kerja yang berterusan, manakala, pendapatan pasif memerlukan gerak kerja yang bersistematik, namun hasil yang diperolehi adalah berterusan dan long term.

Walaubagaimanapun, perniagaan yang sudah mencapai kestabilan akhirnya akan menuju ke arah pendapatan pasif juga kerana oada masa itu ianya tidak memerlukan 100% komitmen oleh CEO atau business owner. Dalam hal ini, perniagaan tersebut sudah mempunyai sistem yang cemerlang dan diuruskan oleh staff-staff yang kompeten. Inilah yang dikatakan 'the power of leverage'. 

P/s: Tak kan dah 10 tahun run bisnes pun masih nak uruskan sendiri? Umur pun dah makin tua ni... Hehe.  :)