Pages

Sunday, October 11, 2015

Loyalty Program

Apakah itu Loyalty Program?

Loyalty program merupakan suatu teknik pemasaran yang menawarkan manfaat ganjaran tertentu kepada pengguna ataupun pelanggan. Ianya bertujuan memastikan berlakunya “pembelian berulang” oleh pelanggan yang secara tidak langsung mampu memberikan potensi keuntungan jangka panjang kepada pengusaha perniagaan.

Dalam dunia perniagaan khususnya melibatkan peruncitan (retail), kad kesetiaan atau loyalty card biasanya digunakan dalam urusan pembelian. Ianya adalah sekeping kad yang berfungsi untuk mengenalpasti identiti pelanggan yang telah mendaftar sebagai ahli (card holder) dalam program kesetiaan yang dibangunkan oleh sesebuah perniagaan. Contohnya, Kad Mesra (Petronas), Aeon Big Member Card (Jusco) dan Bonuslink.

Antara nama-nama lain bagi loyalty card ialah:
  • Reward Card
  • Club Card
  • Discount Card
  • Points Card
  • Advantage Card
  • Member Card

Loyalty Card lazimnya dilengkapi oleh sistem Barcode atau Magstripe yang dapat dikesan dengan mudah secara elektronik. Ada juga kad yang menggunakan chip untuk menyimpan data pengguna atau ahli. Dengan mempamerkan kad sewaktu urusan pembayaran, pelanggan tadi akan berpeluang untuk meraih diskaun atau mata ganjaran (reward points) yang dapat ditebus atau digunakan pada pembelian akan datang.

Megastripe

Untuk mendapatkan kelebihan serta manfaat runcit, borang pendaftaran keahlian akan diberikan kepada pelanggan untuk diisi. Borang tersebut mengandungi perjanjian di antara pemilik kedai dan pelanggan. Ianya menitik beratkan tentang soal privasi pengguna dan kebenaran untuk memperoleh maklumat pelanggan. Ini adalah sangat penting bagi pemilik kedai tersebut untuk ‘mengenali’ pelanggan tadi dengan lebih terperinci tentang minat, tarikh hari jadi, tahap kesihatan dan sebagainya.

Selain itu, kad loyalti juga digunakan untuk mengakses maklumat pembelian bagi tujuan pengesahan sewaktu pembayaran dibuat di kaunter. Dengan ini, pelanggan berpeluang memperolehi manfaat sebagai ahli seperti reward points yang dapat ditebus dengan produk atau servis yang ditawarkan. 

Nampak tak bagaimana sistem loyalty program ini berfungsi? :)

Di Malaysia, sistem loyalty program digunakan secara komersial dan meluas di kalangan pemilik perniagaan (retailers).

1. Bonuslink

Bonuslink Card

Salah sebuah loyalty program yang terkenal di kalangan pengguna ialah Bonuslink.

Bonuslink menggunakan sistem “point redemption” bagi membantu melariskan jenama-jenama terkenal seperti Shell, Parkson, MBF dan Focus Point yang menjadi rakan kolaborasi mereka.

Sehingga sekarang, penyertaan ahli Bonuslink mencecah 9.5 juta orang sejak dari awal ianya ditubuhkan pada sekitar penghujung 90-an.

2. WorldCard

WorldCard

Genting Highlands Resort juga mempunyai kad loyalti mereka, iaitu WorldCard yang digunakan untuk mengumpul point (Genting Highlands, Starbucks, Coffee Bean and Häagen-Dazs).

WorldCard bermula pada tahun 1984 sebagai program keahlian untuk Genting Resorts.

Sehingga kini, WorldCard mempunyai 2.3 juta penyertaan ahli di seluruh Asia dan lebih 1,300 cawangan kedai termasuklah Malaysia, Singapore dan Hong Kong.

3. Aeon Card

Aeon Card

Aeon Card merupakan program loyalti yang dimiliki oleh pasaraya besar Jusco yang memberikan kelebihan mata ganjaran kepada ahlinya.

4. Mykad Smart Shopper (MSS)

Mykad Smart Shopper
Mykad Smart Shopper (MSS) merupakan satu-satunya program loyalti yang menggunakan platform Mykad sebagai “privilege card”, di mana ianya menawarkan pelbagai keistimewaan runcit kepada pelanggan.

MSS menggunakan sistem terminal Electronic Data Capture (EDC) yang berfungsi untuk mengakses maklumat pembelian pelanggan melalui Mykad. Melalui sistem ini, pelanggan berpeluang untuk menikmati rebat tunai dalam bentuk mata ganjaran tanpa had.

Program MSS dibangunkan oleh sebuah syarikat swasta, iaitu I Synergy International (M) Sdn Bhd di bawah rangkaian agensi Affiliate Junction (AJ). MSS telah memulakan operasinya pada sekitar akhir 2011. Sehingga kini, MSS telah meraih lebih 190 penyertaan merchant seperti Zoo Negara, Port Dickson Water Park, D Junction dan Clara International.


Olahan oleh: Amir Mokhzani

Sumber Rujukan:








Sunday, October 4, 2015

Kenali Richard Branson

Richard Branson
Richard Branson. Siapa yang tidak kenal beliau? Nama yang cukup gah di kalangan para jutawan dan juga multi-jutawan. Dulu sebelum menceburi bidang perniagaan, saya pernah ternampak nama Richard Branson tertera di muka depan buku-buku yang dijual di MPH Bookstore dan Popular. Namun, saya tidak pernah tahu siapakah beliau sehinggalah saya menghadiri program Dr Azizan Osman (DAO) pada sekitar tahun 2013 yang lepas. Kalau tak silap saya Seminar Berani Berniaga. Dalam mana-mana program beliau, DAO selalu menyebut tentang nama-nama tokoh atau usahawan yang mana beliau menjadikan mereka sebagai ‘guru’ untuk mengembangkan ilmu dalam bidang perniagaan. Antaranya, Warren Buffet, Mark Zuckerberg dan Richard Branson. Dan sekali lagi saya mendengar nama Richard Branson disebut-sebut oleh DAO dalam program beliau yang saya hadiri baru-baru ini, iaitu Seminar Magnet Kejayaan 2015 yang bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC). Berikut adalah sedikit info tentang Richard Branson.

Branson merupakan seorang usahawan dan juga pelabur yang berjaya. Beliau menerajui empayar Virgin Group yang kini mempunyai lebih 400 syarikat yang bernaung di bawahnya. Bermula seawal umur 20-an, beliau membuka Virgin Records pada sekitar tahun 1972 (yang kini dikenali dengan nama Virgin Megastores), dalam industri peruncitan (retail). Kemudian bisnes beliau berkembang dan terus melebarkan sayapnya dengan kewujudan Virgin Atlantic, dalam industri penerbangan dan juga Virgin Records (syarikat rakaman). Menurut Forbes, Branson memiliki aset bernilai 4.9 Billion USD.

Berikut adalah sebahagian dari rentetan perjalanan bisnes Branson sejak dari awal hingga kini.

1972 – Virgin Records ditubuhkan. Antara ‘recording label’ terawal yang menandatangani kontrak bersama Virgin Records ialah band ‘punk rock’ terkenal, iaitu Sex Pistols pada tahun 1977.
1980 – Virgin Record memasuki pasaran antarabangsa
1983 – Virgin Games dilancarkan
1984 – Virgin Atlantic Airways dilancarkan
1985 – Virgin Holidays dilancarkan
1995 – Virgin Express dilancarkan
1996 – Virgin Brides dilancarkan
1997 – Virgin Trains, Virgin Radio & Virgin Cosmetics dilancarkan
1999 – Virgin Mobile & Virgin Active dilancarkan
2000 – Virgin Energy & Virgin Cars dilancarkan
2004 – Virgin Galactic dilancarkan
2008 – Virgin Healthcare dilancarkan
2010 – Virgin Racing dilancarkan
2015 – Virgin Trains East Coast dilancarkan

Petikan sumber dari Wikipedia