Dengan kewujudan platform online seperti Lazada, e-Bay, Amazon dan Mudah.my, urusan jual beli menjadi semakin mudah. Jika nak dibandingkan dengan jual beli secara offline, harganya lebih menjimatkan kerana tidak perlu melalui "orang tengah". Namun, ini bukan bermakna jual beli secara offline itu tidak bagus. Lihat saja di shopping mall seperti Pavillion, Berjaya Times Square, IOI City Mall dan Alamanda yang sentiasa sesak dengan kunjungan pelanggan. Tidak kira online atau offline, keduanya mempunyai kelebihan dan kekurangnya yang tersendiri.
Jikalau kita perhatikan, semakin hari semakin banyak perniagaan retail dan shopping mall yang tumbuh bagaikan cendawan. Ini secara tidak langsung mempengaruhi aktiviti runcit di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun terpaksa mengikat perut, mereka tidak kisah untuk keluar membeli belah, meskipun dalam keadaan ekonomi yang mencabar. Ini membuktikan bahawa aktiviti membeli belah tidak dipengaruhi oleh faktor ekonomi. Trend perbelanjaan tidak pernah merudum walaupun pun kos sara hidup semakin meningkat. Cuma, sebagai pengguna yang bijak, kita sentiasa memikirkan cara untuk memastikan duit gaji kita cukup sehingga akhir bulan. Anda faham maksud saya kan? Cuba anda hitung sendiri berapa baki simpanan anda setiap kali tiba hujung bulan.
Ada 2 cara bagaimana untuk menggandakan simpanan:
1. Merancang perbelanjaan dengan bijak.
Cuba buat senarai belanjawan untuk bulan hadapan, pada minggu terakhir sebelum bulan seterusnya. Misalnya, tuliskan senarai untuk bulan Januari 2016 pada minggu terakhir bulan Disember 2015. Bahagikan gaji bersih anda kepada 6 tabung :-
Perbelanjaan (expenses) = 60%
Simpanan (saving) = 10%
Pelaburan/Takaful (investment) = 10%
Ilmu (education) = 10%
Sedekah (charity) = 5%
Hiburan (for fun) = 5%
2. Mencari pendapatan sampingan tambahan seperti bisnes online, agen dropship atau affiliate (bagi yang bekerja)
Cuba buat senarai belanjawan untuk bulan hadapan, pada minggu terakhir sebelum bulan seterusnya. Misalnya, tuliskan senarai untuk bulan Januari 2016 pada minggu terakhir bulan Disember 2015. Bahagikan gaji bersih anda kepada 6 tabung :-
Perbelanjaan (expenses) = 60%
Simpanan (saving) = 10%
Pelaburan/Takaful (investment) = 10%
Ilmu (education) = 10%
Sedekah (charity) = 5%
Hiburan (for fun) = 5%
2. Mencari pendapatan sampingan tambahan seperti bisnes online, agen dropship atau affiliate (bagi yang bekerja)
Tidak dapat dinafikan, terlalu banyak peluang perniagaan di laman-laman sosial yang boleh diusahakan secara part time, seperti yang saya sebutkan di atas. Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada para pembaca (jika ada yang masih belum tahu) tentang suatu revolusi industri yang sedang mula berkembang aktif di Malaysia, iaitu revolusi affiliate marketing. Perkataan "affiliate" di sini bermaksud 'orang tengah' yang memperkenalkan sesebuah perniagaan kepada pelanggan. Sebagai contoh, semalam saya berpeluang menonton IP Man 3 di TGV Cheras Sentral. Setelah selesai menonton, saya upload foto di Facebook. Tak lama selepas itu, kawan saya menghantar mesej di Whatsapp, "Bro, best tak IP Man 3?" Inilah yang dikatakan affiliate marketing - usaha mempromosikan sesebuah perniagaan kepada pelanggan melalui kuasa "word of mouth".
Namun persoalannya di sini, bagaimanakah konsep affiliate marketing ini boleh dijadikan platform untuk memperolehi sumber pendapatan? Dalam post sebelumnya, saya ada menerangkan serba ringkas tentang apa itu affiliate marketing. Namun, untuk info yang lebih lanjut, saya cadangkan kepada pembaca sekalian untuk menghubungi saya secara personal. Kebiasaanya saya akan berjumpa dengan mereka yang serius secara face-to-face kerana affiliate marketing merupakan industri yang masih baru di Malaysia. Jadi eloklah berjumpa dengan mereka yang terlebih dahulu mengetahui atau yang arif tentang industri affiliate marketing bagi mengelakkan daripada timbulnya percanggahan info atau salah faham yang tidak sengaja. Jangan khuatir, saya cuma ingin berkongsi. Apapun, pilihan tetap di tangan anda. Selain dari itu, pihak syarikat (I Synergy International) juga telah melakukan pelbagai usaha untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang program affiliate - Mykad Smart Shopper. Antaranya ialah pemasangan Billboard, pembangunan website dan juga business centre sebagai tempat rujukan ilmu.
![]() |
Sekadar gambar hiasan. :) |
Untuk pertanyaan lanjut tentang Affiliate Marketing, sila hubungi ke talian 011-3700 0710 atau emailkan kepada: linkwealth.global@gmail.com