Pages

Monday, January 4, 2016

Cabaran Ekonomi 2016: Rancang Perbelanjaan Anda Dengan Lebih Bijak

Tahun 2016 ialah tahun yang penuh mencabar buat seluruh rakyat Malaysia, tidak kira yang bekerja atau yang berniaga, bujang mahupun yang bekeluarga.

Namun, sudahkah anda merancang dengan teliti perbelanjaan bulanan anda? Jika belum, anda harus melakukannya sekarang! Mulai menulis bajet bulanan pada “financial planner” atau buku nota kewangan anda. Saya cadangkan anda membuat pecahan perbelanjaan dalam bentuk peratusan mengikut keutamaan (priority).

Selain dari itu, saya berbesar hati ingin berkongsi tentang satu kelebihan yang ada pada anda semua – iaitu Mykad. Moga ianya dapat membantu perancangan perbelanjaan harian anda dan juga keluarga anda.

Tahukah anda Mykad di dalam dompet anda boleh dijadikan kad keahlian yang membolehkan anda memperolehi manfaat runcit di kedai-kedai terpilih di seluruh Malaysia? Anda boleh berbuat demikian dengan mendaftar sebagai ahli program Mykad Smart Shopper. Anda tidak perlu risau kerana program ini dijamin selamat serta mendapat sokongan oleh badan-badan kerajaan. Program ini juga tersenarai sebagai fungsi Mykad yang ke-50 seperti yang diiktiraf oleh MDeC dalam buku “More with Mykad”.



Antara kelebihan-kelebihan menjadi ahli Mykad Smart Shopper :-
  • Pendaftaran 100% percuma
  • Tiada tarikh luput bagi keahlian
  • Tidak perlu membawa kad tambahan di dalam dompet anda – Hanya Mykad!
  • Aplikasi smartphone percuma – Untuk mengetahui lokasi-lokasi (merchant) yang memberikan ganjaran istimewa
  • Memperolehi ganjaran daripada setiap pembelian di “merchant-merchant” berdaftar di seluruh Malaysia

Klik pautan di bawah untuk mendaftar secara online:

Anda boleh memuat turun aplikasi Mykad Smart Shopper (MSS) pada telefon bimbit anda (Sila lihat screen shot).




Pilih lokasi yang ingin dituju. Maklumat perniagaan dan koordinasi GPS disediakan bagi membantu anda mencari lokasi dengan mudah. Selamat mencuba! :)

Saya mengalu-alukan sebarang pertanyaan dari pihak anda mengenai program Mykad Smart Shopper. Emailkan kepada linkwealth.aj@gmail.com atau hubungi ke talian 011-3700 0710.

Amir Mokhzani
Mykad Smart Shopper Program Agency / Consultant
+601137000710

Saturday, December 26, 2015

2 Cara Untuk Menggandakan Simpanan

   Dunia berubah pada setiap saat dan ketika. Begitu juga dengan arus pemodenan di zaman IT yang serba canggih ini. Dua gelombang besar yang telah memberi pengaruh hebat kepada sosio-ekonomi di seluruh dunia ialah internet dan telefon bimbit (atau Smartphone). Tak percaya? Cuba anda lihat di sekeliling anda.

Dengan kewujudan platform online seperti Lazadae-BayAmazon dan Mudah.my, urusan jual beli menjadi semakin mudah. Jika nak dibandingkan dengan jual beli secara offline, harganya lebih menjimatkan kerana tidak perlu melalui "orang tengah". Namun, ini bukan bermakna jual beli secara offline itu tidak bagus. Lihat saja di shopping mall seperti Pavillion, Berjaya Times Square, IOI City Mall dan Alamanda yang sentiasa sesak dengan kunjungan pelanggan. Tidak kira online atau offline, keduanya mempunyai kelebihan dan kekurangnya yang tersendiri.

Jikalau kita perhatikan, semakin hari semakin banyak perniagaan retail dan shopping mall yang tumbuh bagaikan cendawan. Ini secara tidak langsung mempengaruhi aktiviti runcit di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun terpaksa mengikat perut, mereka tidak kisah untuk keluar membeli belah, meskipun dalam keadaan ekonomi yang mencabar. Ini membuktikan bahawa aktiviti membeli belah tidak dipengaruhi oleh faktor ekonomiTrend perbelanjaan tidak pernah merudum walaupun pun kos sara hidup semakin meningkat. Cuma, sebagai pengguna yang bijak, kita sentiasa memikirkan cara untuk memastikan duit gaji kita cukup sehingga akhir bulan. Anda faham maksud saya kan? Cuba anda hitung sendiri berapa baki simpanan anda setiap kali tiba hujung bulan.



Ada 2 cara bagaimana untuk menggandakan simpanan:

1. Merancang perbelanjaan dengan bijak.

Cuba buat senarai belanjawan untuk bulan hadapan, pada minggu terakhir sebelum bulan seterusnya. Misalnya, tuliskan senarai untuk bulan Januari 2016 pada minggu terakhir bulan Disember 2015. Bahagikan gaji bersih anda kepada 6 tabung :-

          Perbelanjaan (expenses) = 60%
          Simpanan (saving) = 10%
          Pelaburan/Takaful (investment) = 10%
          Ilmu (education) = 10%
          Sedekah (charity) = 5%
          Hiburan (for fun) = 5%

2. Mencari pendapatan sampingan tambahan seperti bisnes onlineagen dropship atau affiliate (bagi yang bekerja)

Tidak dapat dinafikan, terlalu banyak peluang perniagaan di laman-laman sosial yang boleh diusahakan secara part time, seperti yang saya sebutkan di atas. Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada para pembaca (jika ada yang masih belum tahu) tentang suatu revolusi industri yang sedang mula berkembang aktif di Malaysia, iaitu revolusi affiliate marketing.  Perkataan "affiliate" di sini bermaksud 'orang tengah' yang memperkenalkan sesebuah perniagaan kepada pelanggan. Sebagai contoh, semalam saya berpeluang menonton IP Man 3 di TGV Cheras Sentral. Setelah selesai menonton, saya upload foto di FacebookTak lama selepas itu, kawan saya menghantar mesej di Whatsapp, "Bro, best tak IP Man 3?" Inilah yang dikatakan affiliate marketing - usaha mempromosikan sesebuah perniagaan kepada pelanggan melalui kuasa "word of mouth".


Sekadar gambar hiasan. :)
Namun persoalannya di sini, bagaimanakah konsep affiliate marketing ini boleh dijadikan platform untuk memperolehi sumber pendapatan? Dalam post sebelumnya, saya ada menerangkan serba ringkas tentang apa itu affiliate marketing. Namun, untuk info yang lebih lanjut, saya cadangkan kepada pembaca sekalian untuk menghubungi saya secara personal. Kebiasaanya saya akan berjumpa dengan mereka yang serius secara face-to-face kerana affiliate marketing merupakan industri yang masih baru di Malaysia. Jadi eloklah berjumpa dengan mereka yang terlebih dahulu mengetahui atau yang arif tentang industri affiliate marketing bagi mengelakkan daripada timbulnya percanggahan info atau salah faham yang tidak sengaja. Jangan khuatir, saya cuma ingin berkongsi. Apapun, pilihan tetap di tangan anda. Selain dari itu, pihak syarikat (I Synergy International) juga telah melakukan pelbagai usaha untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang program affiliate - Mykad Smart Shopper. Antaranya ialah pemasangan Billboard, pembangunan website dan juga business centre sebagai tempat rujukan ilmu.

Untuk pertanyaan lanjut tentang Affiliate Marketing, sila hubungi ke talian 011-3700 0710 atau emailkan kepada: linkwealth.global@gmail.com